Tuesday, June 8, 2010

Contoh Jawapan Terbaik: Ekonomi 1 (Bhgn B)

Di sini disertakan contoh jawapan yang terbaik bagi bahagian B (esei ringkas). Diharapkan dapat dimanfaatkan oleh pelajar sebagai satu garis panduan untuk menjawab soalan bahagian ini. Contoh ini adalah yang terbaik kerana jawapan yang diberikan memenuhi kehendak skema pemarkahan.


KLIK PADA GAMBAR UTK IMEJ YG LEBIH JELAS





Kesalahan Menjawab SOALAN 1 - Karangan Bhgn A

Soalan:Jenayah Seksual sering menjadi topik perbincangan di dalam akhbar-akhbar harian. Huraikan punca jenayah ini berlaku dan cadangkan langkah-langkah efektif mengatasi masalah ini.

Setelah meneliti dan menyemak jawapan pelajar, saya dapati penguasaan ilmu atau pengetahuan sedia ada dalam kalangan pelajar adalah sangat lemah. Kebanyakan pelajar tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan JENAYAH SEKSUAL. Jawapan yang diberikan hanya berfokus kepada remaja dan perhubungan terlarang. Sedangkan konsep jenayah seksual sendiri adalah begitu luas merangkumi merogol, meliwat, zina, sumbang mahram, mencabul.

Bagi membuka minda para pelajar, disini saya sertakan beberapa artikel berkaitan daripada web/blog yang sempat saya google...tolong baca..

1.Menangani Jenayah Seks: Pendekatan Bersepadu Sebenar
Oleh: Sdr. Yusri Mohamad

2. Jenayah Seksual Wajar Dibendung
: Pusat Maklumat Rakyat

3. Kejadian Jenayah Seks Semakin Bertambah

Sebenarnya masih banyak artikel-artikel yang berkaitan dengan topik, terpulang kepada pelajar untuk menambahkan pengetahuan sedia ada.

Kepada para pelajar dinasihatkan agar membaca soalan dengan teliti dan fahami. Soalan ini tidak berfokus kepada remaja, maka jawapan hendaklah tidak hanya berfokus kepada remaja semata-mata. Jawapan mestilah lebih umum. Skema jawapan boleh didapati di blog : PRA-U SMK ALANG ISKANDAR

Tuesday, May 25, 2010

Blog Pra U SMK Alang Iskandar

Rasa lega, hepi bila dapat membina blog untuk pra-u SMKAI. Selama ini tengok blog pra -u sekolah lain ajer. Sekarang ni dah ada blog sekolah sendiri, boleh ler kongsi-kongsi maklumat dengan pelajar dan guru-guru sama ada dari sekolah sendiri atau sekolah lain. Semoga blog yang dicipta ini akan terus membangun dengan bahan-bahan terkini. Kalau nak tengok klik >> SINI

Wednesday, March 24, 2010

Friday, March 19, 2010

ISU BLOG

Dipetik dari Harian Metro:18 mac 2010

101 aduan kandungan laman web bagi tempoh dua bulan 2010

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerima 101 aduan berhubung kandungan laman web atau blog mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi tempoh Januari hingga 23 Februari lalu, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata terdapat 58 aduan bagi kandungan lucah dan 43 aduan bagi kandungan mengancam serta jelik, termasuk laman web atau blog yang menghina sultan.

Daripada jumlah itu, 15 kes aduan sedang disiasat mengikut Seksyen 211 dan 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) manakala 63 kes disiasat kerana kesalahan melanggar pelbagai akta.

"Terdapat enam kes pendakwaan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung pelbagai kesalahan berkaitan dengan kandungan laman web atau blog," katanya ketika menjawab soalan Datuk Ismail Abdul Muttalib (BN-Maran), yang bertanya mengeni tindakan diambil kerajaan terhadap penulis blog yang sering menyebarkan isu yang boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian negara.

Kepada soalan tambahan Ismail berhubung halangan yang dihadapi oleh SKMM dan cadangan untuk melaksanakan tindakan lebih berkesan terhadap penulis blog yang menyiarkan isu yang boleh menjejaskan perpaduan, Rais berkata, perkara itu adalah persoalan induk kepada kementerian dan semua agensi penguatkuasa yang menjalankkan tugasan mengikut Akta Multimedia dan Komunikasi.

"Sesungguhnya SKMM mempunyai kuasa-kuasa yang boleh dikatakan genap di bawah seksyen-seksyen 211 dan 233, dan kekuasaan-kekuasaan yang ada di bawah undang-undang yang lain yang menjurus kepada Akta Hasutan 1948, akta yang menjurus kepada jenayah iaitu Kanun Keseksaan dan juga undang-undang yang lain," katanya.

Rais berkata, bahawa tiga bulan lepas, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan serta bahagian undang-undang sudah menjalinkan kerjasama. "Jadi, insya-Allah dengan kerapian tindakan ini, kita akan dapat menjalankan tugas di bawah undang-undang negara kita," katanya.

Datuk Kamarudin Jaffar (Pas-Tumpat) pula berkata, selain penulis blog, kementerian juga perlu memantau dan mengambil tindakan terhadap media yang menyiarkan berita kurang tepat. -Bernama

Wednesday, January 27, 2010

PENGAJIAN AM2 -BAHAGIAN E

Berikut adalah cara-cara untuk menjawab soalan bahagian E berkaitan pola perubahan:
PENTAFSIRAN JADUAL - POLA PERUBAHAN

Saturday, January 23, 2010

Merentas Desa 16 Jan 2010

sebelum merentas desa

masih bujang lagi...boleh risik kalau berkenan..

memanaskan badan

memanaskan badan or merehatkan badan???

Apa-apa pun acara merentas desa ini telah berlangsung dengan jayanya. Tahniah pada semua guru-guru dan pelajar yang menjayakan acara ini. Johan telah disandang oleh rumah Laksamana. Laporan sukantara akan diupdate pada next entry..jangan ketinggalan mengikuti laporan sukan. Majulah sukan SMAI.