Wednesday, September 14, 2011

TEKNOLOGI LASER

TEKNOLOGI LASER

Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi telah memberi pelbagai sumbangan kepada manusia termasuklah penciptaan laser yang banyak menbantu kehidupan manusia itu sendiri. Terdapat banyak sumbangan teknologi laser, antaranya adalah:

1. Kesan visual semasa persembahan muzik

Penggunaan cahaya laser sebagai petunjukan cahaya dalam perasmian dan temasya-temasya besar. Alat VCD dan CD yang kita gunakan untuk menonton filem atau mendengar lagu juga memerlukan cahaya laser yang terkena pada permukaan cakera akan terpantul kembali dan diperangkap oleh penerima yang kemudiannya menukar data atau maklumat kepada format agar dapat kita nikmati dalam bentuk lagu.

2. Bidang percetakan

Menggunakan pencetak laser. Laser digunakan untuk mengimbas drum dan fotokunduktif(seperti kamera merakam imej pada negatif) berdasarkan maklumat imej yang diterima. Seterusnya, imej yang hendak dicetak itu kemudiannya dipindahkan ke atas kertas menggunakan dakwat(toner). Imej yang diimbas oleh laser adalah lebih jitu serta tajam dan ini menghasilkan cetakan imej yang lebih hidup.

3. Bidang informasi dan teknologi maklumat.

Perkembangan aplikasi laser amat menggalakkan dalam bidang ini kerana dapat menghasilkan kabel sebatian optik yang membolehkan cahaya laser melaluinya. Cahaya laser dikatakan mempunyai kelajuanyang melampaui kelajuan cahaya membolehkan maklumat dihantar dalam bentuk digital dengan lebih efektif dan efisien.

4. Bidang perniagaan

Penggunaan kod bar pada barangan atau produk dalam pasaraya besar juga memerlukan laser. Garis-garis yang berbeza jaraknya antara satu sama lain membolehkan laser yang mengimbas kod bar tersebut diterjemahkan kepada pelbagai maklumat, antaranya harga, jenis dan kod barang tersebut.

5. Bidang keselamatan

Penggunaan laser juga diperlukan terutama bagi tentera, polis dan pasukan keselamatan yang lain. Laser digunakan dalam bidang ketenteraanuntuk membetulkan bidikan senjata sebelum menembak sama ada pistol, senapang ataupun peluru berpandu.Pihak polis pula menggunakan laser untuk mengesan kelajuan kenderaan dengan menebak laser kea rah kenderaan yang bergerak.

6. Bidang perubatan

Laser juga digunakan dalam aplikasi ‘dermatology’(berkaitan kulit) yang mana laser digunakan untuk merawat kulit atau membuang tanda-tanda pada kulit seperti tahi lalat. Pesakit yang mengidap ulser gastrikjuga boleh dirawat dengan laser di mana pancaran laser akan mengawal pendarahan yang berlaku dalam perut.

Penyelidikan dan pembangunan teknologi laser ini perlu dilakukan dengan lebih mendalam lagi untuk memastikan negara kita Malaysia tidak ketinggalan dalam bidang ini. Teknologi laser boleh dilihat sebagai pemangkin kepada teknologi baru.

Tuesday, January 25, 2011

STPM 2010: Ekonomi 1(Kuantitatif)

Bahagian D
Soalan 13:
Persamaan permintaan dan penawaran bagi barang X adalah seperti berikut:
Qd = 150 - 5Px
Qs = 30 + 3Px
dengan
Px = harga barang X (RM)
Qd = kuantiti diminta barang X (unit)
Qs = kuantiti ditawar barang X (unit)

a) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan barang X
b) Andaikan kerajaan melaksanakan dasar harga minimum pada RM20.00, hitung
i)kuantiti diminta dan ditawar
ii)perbelanjaan pengguna sekiranya semua lebihan barang X di pasaran dibeli
iii) jumlah perbelanjaan kerajaan, dan
iv) perubahan dalam pendapatan pengeluar

Jawapan:
a) Harga dan kuantiti keseimbangan barang X
Qd = Qs
150 - 5Px = 30 + 3Px
120 = 8Px
Px = RM15

Qd = 150 - 5(15)
= 75 unit

b) Kerajaan melaksanakan dasar harga minimum pada RM20
i) Qd = 150 - 5(20) = 50 unit
Qs = 30 + 3(20) = 90 unit

ii) Pembeli : RM20 x 50 = RM 1000

iii) Kerajaan : RM20 x 40 = RM 800

iv) Asal: RM15 x 75 = RM 1125
Baru: RM20 x 90 = RM 1800
Pertambahan pendapatan = RM 1800 - RM 1125 = RM 675

Soalan 14:
Persamaan penawaran pasaran bagi suatu barang adalah seperti yang berikut:
P = 10 + 0.5Q
dengan
P = harga barang (RM)
Q = kuantiti barang(unit)

a) Hitung keanjalan penawaran barang tersebut apabila harga meningkat daripada Rm50.00 kepada RM 100.00. Tafsirkan pekali keanjalan penawarannya.

b) Sekiranya kerajaan memberi subsidi sebanyak RM2.00 terhadap setiap unit pengeluaran barang tersebut,
i) dapatkan persamaan penawaran yang baharu bagi barang tersebut
ii) hitung kuantiti ditawarkan apabila harga meningkat daripada RM50.00 kepada RM100.00

c) Dengan menggunakan kertas graf, lukis gambar rajah keluk penawaran sebelum dan selepas subsidi diberikan.

Jawapan:
a) P = 10 + 0.5Q
P = RM50, Q = 80 unit
P = RM100, Q = 180 unit
Es = 100/80 x 50/50 = 1.25

Harga meningkat 1% kuantiti penawaran meningkat 1.25% dan sebaliknya

b) i) P + 2 = 10 + 0.5Q
P = 8 + 0.5Q

ii) P = RM50Q = 84 unit
P = RM100Q = 184 unit

iii) Keluk penawaran beralih ke kanan kerana subsidi mengurangkan kos pengeluaran.


Soalan 15:
Jadual di bawah menunjukkan data permintaan dan jumlah kos sebuah firma di pasaran persaingan sempurna.

width="200" border="2" bordercolor="blue">


Kuantiti diminta (unit) Jumlah Kos(RM)
0 100
1 150
2 184
3 208
4 227
5 250
6 280
7 318
8 366
9 425
10 495


a) Jika harga pasaran adalah RM 30.00 seunit,
i) Hitung jumlah hasil, hasil sut dan kos sut firma
ii) nyatakan tingkat keluaran dan harga keseimbangan
iii) hitung kos purata pada tingkat keseimbangan.

b) Hitung sama ada firma mendapat untung atau rugi. Jelaskan kesannya kepada firma tersebut.

Jawapan:






























































































Harga (RM) Kuantiti diminta (unit) Kos (RM) Kos sut(RM) Jumlah Hasil(RM) Hasil Sut(RM)
30 0 100 - 0 30
30 1 150 50 30 30
30 2 184 34 60 30
30 3 208 24 90 30
30 4 227 19 120 30
30 5 250 23 150 30
30 6 280 30 180 30
30 7 318 38 210 30
30 8 366 48 240 30
30 9 425 59 270 30
30 10 495 70 300 30


ii) 6 unit, RM 30 sebab MR=MC
iii) AC = 280/6 = RM 46.67

b) (P/unit - AC) x Q = (RM30-46.67) x 6
16.67 x 6
Rugi = -RM100.00

Firma boleh keluar atau teruskan operasi kerana kerugian sama dengan kos tetap.

Soalan 16:
Jadual di bawah menunjukkan bilangan buruh yang digunakan dan jumlah output yang dikeluarkan oleh sesebuah firma.




Kuantiti buruh (unit) Jumlah Output


0 0


1 17




























2
31
3
42
4
51
5
58
6
63
7
66
8
67

a) Jika upah adalah RM700.00 dan harga output adalah RM100.00, hitung hasil keluaran sut firma. Nyatakan kuantiti buruh yang digunakan oleh firma ini.

b) i) Andaikan kesatuan sekerja berjaya menuntut upah sebanyak RM400.00, nyatakan kuantiti buruh yang digunakan oleh firma ini.

ii) Dengan menggunakan kertas graf, lukis gambar rajah keluk permintaan buruh sebelum dan selepas kenaikan upah.

iii) Apakah kesan terhadap pasaran buruh akibat kejayaan tindakan kesatuan buruh menuntut kenaikan upah?

Jawapan:





























































Kuantiti buruh (unit) Jumlah output(unit) Keluaran sut(unit) Hasil sut(RM)
0 0 - -
1
17
17
1700
2
31
14
1400
3
42
11
1100
4
51
9
900
5
58
7
700
6
63
5
500
7
66
3
300
8
67
1
100

STPM 2010: Ekonomi 1 (Esei Panjang)

Bahagian C

Soalan 9
a) Terangkan dua kelebihan ekonomi perancangan pusat berbanding dengan ekonomi pasaran bebas. (4)
b) Huraikan bagaimana kerajaan boleh campur tangan untuk mengatasi kelemahan ekonomi pasaran bebas (6)

Jawapan:
a) Kelebihan ekonomi perancangan pusat(EPP) berbanding dengan ekonomi pasaran bebas(EPB):
  1. Agihan Pendapatan: Ekonomi perancangan pusat lebih setara manakala ekonomi pasaran bebas wujud jurang pendapatan.
  2. Kebajikan sosial: Barang awam ditawarkan dalam EPP manakala barang ekonomi ditawarkan dalam EPB.~EPP lebih mementingkan kebajikan sosial.
  3. Harga barang: Harga barang EPP lebih rendah berbanding EPB
  4. Agihan Barang: semua pengguna dalam EPP dapat barang manakala dalam EPB hanya yang mampu membayar sahaja akan membeli.
  5. Eksternaliti negatif: Kesan eksternaliti negatif dalam EPP lebih terkawal berbanding EPB
  6. Kestabilan harga/ekonomi: Harga/ekonomi di pasaran EPP lebih stabil berbanding EPB
b) Cara kerajaan boleh campur tangan untuk mengatas kelemahan ekonomi pasaran bebas:
  1. Mengenakan cukai yang tinggi ke atas firma monopoli dan memberi subsidi untuk menstabilkan harga keluaran dan untuk memastikan aktiviti ekonomi terus berjalan dengan cekap.
  2. Menentukan harga maksimum untuk menstabilkan harga pasaran terutama bagi barang-barang keperluan supaya pengguna tidak tertindas dan juga menentukan harga minimum untuk menstabilkan harga pasaran dan untuk meninggikan pendapatan pengusaha.
  3. Kerajaan boleh menggunakan dasar fiskal dan dasar kewangan untuk menentukan bahawa kestabilan ekonomi dikecapi. Contohnya kerajaan boleh menggunakan dasar kewangan pengembangan untuk mengatasi masalah pengangguran dalam ekonomi.
  4. kerajaan boleh campur tangan dalam industri penting dalam ekonomi seperti bekalan air dan membuat undang-undang untuk meningkatkan lagi kecekapan aktiviti ekonomi.

Soalan 10
a) Apakah yang dimaksudkan dengan penawaran tak anjal?
b) Terangkan empat faktor yang boleh menyebabkan penawaran menjadi tak anjal.

Jawapan:
a) Penawaran tak anjal ialah peratus perubahan pada kuantiti yang ditawar adalah lebih kecil daripada peratus perubahan harga barang tersebut.

b) Faktor yang menyebabkan penawaran tak anjal:
  1. Tambahan kos pengeluaran - apabila firma perlu menambahkan kos yang besar untuk meningkatkan penawaran barang tersebut dalam pasaran, iaitu apabila firma telah mencapai tingkat maksimum
  2. Pergerakan /mobiliti faktor pengeluaran - jika faktor pengeluaran tidak dapat bergerak dengan mudah dari satu firma ke firma yang lain dan dari satujenis keluaran ke jenis yang lain, maka penawaran akan menjadi tak anjal.
  3. Jumlah firma dalam industri - apabila jumlah firma dalam industri adalah kurang, maka keluaran bagi industri tersebut akan kurang dan penawaran keluaran tersebut akan menjadi tak anjal.
  4. Tempoh pengeluaran masa yang panjang- penawaran tidak anjal
  5. Jangka masa pendek - tidak anajal kerana input tetap tidak boleh ditambah dalam jangka masa pendek.
  6. Bekalan faktor yang sukar didapati
  7. Input yang sukar diganti/ memerlukan kemahiran khusus- penawaran tidak anjal.

Soalan 11
Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan bagaimana penentuan output firma pasaran sempurna berlaku dalam jangka panjang.

Jawapan:
Gambar rajah

Huraian:
i) Kes untung kurang normal menjadi untung normal
- keseimbangan berlaku apabila MC=MR
-paada P2 keseimbangan di E2 kuantiti Q2, jumlah kos adalah MAQ2O dan jumlah hasil P2E2Q20. Firma mendapat untung kurang normal sebanyak P2E2AM. Ini menyebabkan firma keluar dari pasaran, penawaran berkurangan dan kuantiti berkurangan. Harga akan naik ke P1 dan firma akan mendapat untung normal.

ii) Kes untung lebih normal kepadqa untung normal
- Pada P3 keseimbangan E3 kuantiti Q3 jumlah kos RBQ30, jumlah hasil P3E3Q30, firma mendapat untung lebih normal sebanyak RBE3P3. Ini menyebabkan frma lain masuk penawaran pasaran bertambah kuantiti bertambah. Harga turun ke P1 dan firma mendapat untung normal.

Kesimpulan:
dalam jangka panjang firma hanya mendapat untung normal, iaitu pada harga P1 dan kuantiti Q1.


Soalan 12
a) Huraikan kelemahan pasaran persaingan bermonopoli
b) Terangkan mengapa pasaran persaingan bermonopoli lebih baik daripada pasaran monopoli.

a) Kelemahan pasaran persaingan bermonopoli:
  1. Tidak mencapai kecekapan peruntukan faktor/input pengeluaran keran atingkat harga melebihi kos sut.
  2. Tidak mencapai kecekapan pengeluaran kerana tidak mengeluarkan output pada kos purata minimum.
  3. kos persaingan bukan harga yang tinggi. Ini membebankan pengguna kerana terpaksa membeli barnag pada harga yang lebih tinggi.
  4. Tingkat harga yang lebih tinggi kerana ada sedikit kuasa monopoli

b) Pasaran persaingan bermonopoli lebih baik daripada pasaran monopoli kerana:
  1. Pengguna mempunyai pilihan yang banyak
  2. Harga lebih rendah kerana ada sedikit persaingan berbanding pasaran monopoli
  3. Kuantiti lebih banyak dikeluarkan berbanding dengan monopoli
  4. Galakan inovasi
  5. Kebaikan daripada perkhidmatan selepas jualan

Thursday, January 13, 2011

STPM 2010 : EKONOMI 1 (Esei Ringkas)

Soalan STPM 2010: Bahagian B

1. Dengan menggunakan gambar rajah keluk kemungkinan pengeluaran, jelaskan konsep kekurangan dan kos lepas.

Jawapan:

Rajah

i) Kekurangan
- Kombinasi L di luar KKP. Ini disebabkan faktor pengeluaran dan teknologi yang ada tidak boleh dicapai. Ini berlaku kerana faktor pengeluaran adalah terbatas, sedangkan keinginan mengeluarkan barangan bertambah.
ii) Kos Lepas
- Pergerakan dari titik A ke B, barang pertanian ditambah dari 1 unit ke 2 unit, tetapi barang perkilangan dikurangkan dari 20 ke 18 unit.
- Ini bermakna untuk menambahkan 1 unit barang pertanian, maka sebanyak 2 unit barang perkilangan dilepaskan. jadi kos lepas untuk mengeluarkan 1 unit barang pertanian ialah 2 unit barang perkilangan.

Soalan 2:
Jelaskan dua sebab harga dan kuantiti diminta berhubungan secara negatif.

Jawapan:
i) Kesan Pendapatan Benar
Dengan pendapatan yang sama, jika harga sesuatu barang meningkat, kuantiti yang dapat dibeli akan berkurang, manakala apabila harga sesuatu barang menurun, dengan pendapatan yang sama kuantiti barang tersebut yang boleh dibeli akan meningkat.

ii) Kesan Penggantian
Pengguna akan membeli barang pengganti yang secara relatif lebih murah apabila harga sesuatu barang meningkat. Pengguna akan kurang membeli barang yang harganya telah meningkat. Apabila harga barang tersebut menurun dan secara relatif lebih murah dari barang pengganti, pengguna akan meningkatkan kuantiti dibeli.

iii) Utiliti sut berkurangan
- Apabila harga turun penggunaan sesuatu barang meningkat, utiliti sut barang itu akan berkurangan. Bila harga turun, maka kuantiti diminta akan meningkat, utiliti sut akan berkurangan, tingkat harga akan turun kerana pada keseimbangan harga sama dengan utiliti sut.

Soalan 3:
Terangkan kesan terhadap penawaran minyak kelapa sawit apabila
a) upah pekerja di ladang kelapa sawit meningkat
b) keluasan penanaman kelapa sawit meningkat, dan
c) peningkatan dalam teknologi pengeluaran minyak kelapa sawit.

Jawapan:
a) upah pekerja di ladang kelapa sawit meningkat
- Peningkatan upah pekerja ladang kelapa sawit menyebabkan kos pengeluaran meningkat.
Oleh itu, penawaran minyak kelapa sawit akan berkurang kerana pengeluar mangurangkan kuantiti yang dikeluarkan.

b) keluasan penanaman kelapa sawit meningkat
- Peningkatan keluasan penanaman kelapa sawit menyebabkan input/faktor pengeluaran bertambah. Oleh itu penawaran minyak kelapa sawit akan meningkat.

c) Peningkatan dalam teknologi pengeluaran minyak kelapa sawit
- Peningkatan teknologi akan meningkatkan daya pengeluaran, produktiviti atau tahap kecekapan, keluaran kelapa sawit akan meningkat. Oleh itu penawaran minyak kelapa sawit akan meningkat.

Soalan 4:
Terangkan tiga faktor yang boleh menyebabkan keluk permintaan sesuatu barang anjal.
Jawapan:
  • Barang tersebut mempunyai banyak barang pengganti. Bila harga barang tersebut meningkat, pengguna akan membeli barang penggantinya untuk digunakan dan perubahan kuantiti yang diminta akan berubah lebih besar dari perubahan harga barang itu sendiri.
  • Nisbah atau bahagian pendapatan yang digunakan untuk membeli barang tersebut adalah lebih besar. Jika harga barang naik sedikit pengguna akan mengurangkan kuantiti diminta dengan banyak.
  • Jangka masa panjang.Dalam jangka masa panjang pengguna mudah mencari barang pengganti, maka perubahan harga barang akan mendorong perubahan kuantiti diminta dengan lebih besar.
  • Kegunaan barang. Barang yang mempunyai banyak kegunaan akan mempunyai keluk permintaan yang lebih anjal.
  • Kepentingan barang. Barang yang kurang penting akan mempunyai permintaan yang lebih anjal.

Soalan 5:
a) Apakah yang dimaksudkan dengan kos sut dan kos purata?
b) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan hubungan antara keluk kos sut dengan keluk kos purata dalam jangka pendek.

Jawapan:
a) Kos sut ialah tambahan kos yang ditanggung oleh firma akibat tambahan satu unit output.
Kos purata ialah kos perunit keluaran.

b) Rajah

  • apabila keluk AC> keluk MC maka keluk AC sedang menurun.
  • apabila keluk AC= keluk MC maka keluk AC mencapai titik minimum
  • apabila keluk AC
Soalan 6:
Nyatakan dua sebab diskriminasi harga dilakukan. Terangkan syarat melakukan diskriminasi harga.
-S
ebab diskriminasi harga dilakukan:
  • meningkatkan keuntungan
  • kebajikan sosial
  • agihan pendapatan
  • meluaskan pasaran
-Syarat diskriminasi harga:
  • Wujud lebih dari satu pasaran dan diasingkan
  • keanjalan DD berbeza. Anjal harga rendah, tidak anjal harga tinggi
  • Tiada kos pengangkutan/kecil
  • Monopoli- ada kuasa menentukan harga
Soalan 7
Huraikan tiga cir pasaran oligopoli.

Ciri pasaran oligopoli:
  1. Firma saling bergantungan antara satu sama lain. Tindakan satu firma dalam pasaran akan memberi kesan kepada firma pesaingnya.
  2. Keluaran firma adalah pengganti hampir. Keluaran firma dapat digantikan dengan mudah antara satu sama lain oleh pengguna.
  3. Kuasa mempengaruhi pasaran. Bergantung kepada kerjasama yang wujud antara firma dalam industri. Jika kerjasama lemah maka kuasa menguasai pasaran juga lemah dan sebaliknya.
  4. Wujud halangan kemasukan dalam industri. Firma baru sukar untuk masuk pasaran kerana wujud halangan dari segi undang-undang, ekonomi mengikut bidangan dan milikan sumber semula jadi.
  5. Persaingan bukan harga. Firma dalam pasaran ini juga menjalankan dengan persaingan bukan harga seperti pengiklanan,promosi jualan dan tawaran hadiah yang bertujuan untuk meningkatkan jualan.

Soalan 8
a) Apakah yang dimaksudkan dengan harga maksimum dan harga minimum?
b) Huraikan dasar harga maksimum dan dasar harga minimum.

Jawapan:
a) Harga maksimum:
-Kerajaan menetapkan harga di pasaran lebih rendah dari harga keseimbangan. Harga tidak boleh meningkat lebih tinggi daripada harga yang ditetapkan.
-Harga minimum:
-Kerajaan menetapkan harga yang lebih tinggi dari harga keseimbangan. Harga tidak diberikan lebih rendah dari yang ditetapkan.

b)Harga maksimum:
-Kerajaan menetapkan harga di pasaran lebih rendah dari harga keseimbangan. Harga tidak boleh meningkat lebih tinggi daripada harga yang ditetapkan. Tingkat harga tidak boleh lebih dari harga keseimbangan. Ini untuk melindungi pengguna/menjaga kebajikan pengguna. Tingkat harga yang lebih rendah akan meningkatkan kebajikan pengguna. Harga maksimum mewujudkan lebihan permintaan.

-Harga minimum:
  • -Kerajaan menetapkan harga yang lebih tinggi dari harga keseimbangan. Harga tidak diberikan lebih rendah dari yang ditetapkan. Membantu pengeluar untuk meningkatkan pendapatan. Harga lebih tinggi pendapatan pengeluar lebih tinggi.

Wednesday, January 5, 2011

Isu: Kemalangan Jalanraya

Di sini cikgu senaraikan sumber-sumber maklumat berkaitan isu kemalangan jalanraya bagi memudahkan pencarian anda semua. Diharapkan pelajar-pelajar dapat memanfaatkannya. Jangan lupa siapkan tugasan yang diberikan.

1.Kemalangan Jalanraya: Dari Perspektif Ilmiah
2.Statistik Kemalangan Jalanraya
3.Faktor kemalangan
4. Faktor kemalangan
5. Kajian faktor kemalangan
6.Peningkatan Jumlah Kenderaan Antara Faktor Sumbang Kemalangan
7.Cadangan elak pembunuh jalanraya