Wednesday, September 14, 2011

TEKNOLOGI LASER

TEKNOLOGI LASER

Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi telah memberi pelbagai sumbangan kepada manusia termasuklah penciptaan laser yang banyak menbantu kehidupan manusia itu sendiri. Terdapat banyak sumbangan teknologi laser, antaranya adalah:

1. Kesan visual semasa persembahan muzik

Penggunaan cahaya laser sebagai petunjukan cahaya dalam perasmian dan temasya-temasya besar. Alat VCD dan CD yang kita gunakan untuk menonton filem atau mendengar lagu juga memerlukan cahaya laser yang terkena pada permukaan cakera akan terpantul kembali dan diperangkap oleh penerima yang kemudiannya menukar data atau maklumat kepada format agar dapat kita nikmati dalam bentuk lagu.

2. Bidang percetakan

Menggunakan pencetak laser. Laser digunakan untuk mengimbas drum dan fotokunduktif(seperti kamera merakam imej pada negatif) berdasarkan maklumat imej yang diterima. Seterusnya, imej yang hendak dicetak itu kemudiannya dipindahkan ke atas kertas menggunakan dakwat(toner). Imej yang diimbas oleh laser adalah lebih jitu serta tajam dan ini menghasilkan cetakan imej yang lebih hidup.

3. Bidang informasi dan teknologi maklumat.

Perkembangan aplikasi laser amat menggalakkan dalam bidang ini kerana dapat menghasilkan kabel sebatian optik yang membolehkan cahaya laser melaluinya. Cahaya laser dikatakan mempunyai kelajuanyang melampaui kelajuan cahaya membolehkan maklumat dihantar dalam bentuk digital dengan lebih efektif dan efisien.

4. Bidang perniagaan

Penggunaan kod bar pada barangan atau produk dalam pasaraya besar juga memerlukan laser. Garis-garis yang berbeza jaraknya antara satu sama lain membolehkan laser yang mengimbas kod bar tersebut diterjemahkan kepada pelbagai maklumat, antaranya harga, jenis dan kod barang tersebut.

5. Bidang keselamatan

Penggunaan laser juga diperlukan terutama bagi tentera, polis dan pasukan keselamatan yang lain. Laser digunakan dalam bidang ketenteraanuntuk membetulkan bidikan senjata sebelum menembak sama ada pistol, senapang ataupun peluru berpandu.Pihak polis pula menggunakan laser untuk mengesan kelajuan kenderaan dengan menebak laser kea rah kenderaan yang bergerak.

6. Bidang perubatan

Laser juga digunakan dalam aplikasi ‘dermatology’(berkaitan kulit) yang mana laser digunakan untuk merawat kulit atau membuang tanda-tanda pada kulit seperti tahi lalat. Pesakit yang mengidap ulser gastrikjuga boleh dirawat dengan laser di mana pancaran laser akan mengawal pendarahan yang berlaku dalam perut.

Penyelidikan dan pembangunan teknologi laser ini perlu dilakukan dengan lebih mendalam lagi untuk memastikan negara kita Malaysia tidak ketinggalan dalam bidang ini. Teknologi laser boleh dilihat sebagai pemangkin kepada teknologi baru.