Tuesday, June 8, 2010

Kesalahan Menjawab SOALAN 1 - Karangan Bhgn A

Soalan:Jenayah Seksual sering menjadi topik perbincangan di dalam akhbar-akhbar harian. Huraikan punca jenayah ini berlaku dan cadangkan langkah-langkah efektif mengatasi masalah ini.

Setelah meneliti dan menyemak jawapan pelajar, saya dapati penguasaan ilmu atau pengetahuan sedia ada dalam kalangan pelajar adalah sangat lemah. Kebanyakan pelajar tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan JENAYAH SEKSUAL. Jawapan yang diberikan hanya berfokus kepada remaja dan perhubungan terlarang. Sedangkan konsep jenayah seksual sendiri adalah begitu luas merangkumi merogol, meliwat, zina, sumbang mahram, mencabul.

Bagi membuka minda para pelajar, disini saya sertakan beberapa artikel berkaitan daripada web/blog yang sempat saya google...tolong baca..

1.Menangani Jenayah Seks: Pendekatan Bersepadu Sebenar
Oleh: Sdr. Yusri Mohamad

2. Jenayah Seksual Wajar Dibendung
: Pusat Maklumat Rakyat

3. Kejadian Jenayah Seks Semakin Bertambah

Sebenarnya masih banyak artikel-artikel yang berkaitan dengan topik, terpulang kepada pelajar untuk menambahkan pengetahuan sedia ada.

Kepada para pelajar dinasihatkan agar membaca soalan dengan teliti dan fahami. Soalan ini tidak berfokus kepada remaja, maka jawapan hendaklah tidak hanya berfokus kepada remaja semata-mata. Jawapan mestilah lebih umum. Skema jawapan boleh didapati di blog : PRA-U SMK ALANG ISKANDAR

No comments:

Post a Comment