Thursday, January 13, 2011

STPM 2010 : EKONOMI 1 (Esei Ringkas)

Soalan STPM 2010: Bahagian B

1. Dengan menggunakan gambar rajah keluk kemungkinan pengeluaran, jelaskan konsep kekurangan dan kos lepas.

Jawapan:

Rajah

i) Kekurangan
- Kombinasi L di luar KKP. Ini disebabkan faktor pengeluaran dan teknologi yang ada tidak boleh dicapai. Ini berlaku kerana faktor pengeluaran adalah terbatas, sedangkan keinginan mengeluarkan barangan bertambah.
ii) Kos Lepas
- Pergerakan dari titik A ke B, barang pertanian ditambah dari 1 unit ke 2 unit, tetapi barang perkilangan dikurangkan dari 20 ke 18 unit.
- Ini bermakna untuk menambahkan 1 unit barang pertanian, maka sebanyak 2 unit barang perkilangan dilepaskan. jadi kos lepas untuk mengeluarkan 1 unit barang pertanian ialah 2 unit barang perkilangan.

Soalan 2:
Jelaskan dua sebab harga dan kuantiti diminta berhubungan secara negatif.

Jawapan:
i) Kesan Pendapatan Benar
Dengan pendapatan yang sama, jika harga sesuatu barang meningkat, kuantiti yang dapat dibeli akan berkurang, manakala apabila harga sesuatu barang menurun, dengan pendapatan yang sama kuantiti barang tersebut yang boleh dibeli akan meningkat.

ii) Kesan Penggantian
Pengguna akan membeli barang pengganti yang secara relatif lebih murah apabila harga sesuatu barang meningkat. Pengguna akan kurang membeli barang yang harganya telah meningkat. Apabila harga barang tersebut menurun dan secara relatif lebih murah dari barang pengganti, pengguna akan meningkatkan kuantiti dibeli.

iii) Utiliti sut berkurangan
- Apabila harga turun penggunaan sesuatu barang meningkat, utiliti sut barang itu akan berkurangan. Bila harga turun, maka kuantiti diminta akan meningkat, utiliti sut akan berkurangan, tingkat harga akan turun kerana pada keseimbangan harga sama dengan utiliti sut.

Soalan 3:
Terangkan kesan terhadap penawaran minyak kelapa sawit apabila
a) upah pekerja di ladang kelapa sawit meningkat
b) keluasan penanaman kelapa sawit meningkat, dan
c) peningkatan dalam teknologi pengeluaran minyak kelapa sawit.

Jawapan:
a) upah pekerja di ladang kelapa sawit meningkat
- Peningkatan upah pekerja ladang kelapa sawit menyebabkan kos pengeluaran meningkat.
Oleh itu, penawaran minyak kelapa sawit akan berkurang kerana pengeluar mangurangkan kuantiti yang dikeluarkan.

b) keluasan penanaman kelapa sawit meningkat
- Peningkatan keluasan penanaman kelapa sawit menyebabkan input/faktor pengeluaran bertambah. Oleh itu penawaran minyak kelapa sawit akan meningkat.

c) Peningkatan dalam teknologi pengeluaran minyak kelapa sawit
- Peningkatan teknologi akan meningkatkan daya pengeluaran, produktiviti atau tahap kecekapan, keluaran kelapa sawit akan meningkat. Oleh itu penawaran minyak kelapa sawit akan meningkat.

Soalan 4:
Terangkan tiga faktor yang boleh menyebabkan keluk permintaan sesuatu barang anjal.
Jawapan:
  • Barang tersebut mempunyai banyak barang pengganti. Bila harga barang tersebut meningkat, pengguna akan membeli barang penggantinya untuk digunakan dan perubahan kuantiti yang diminta akan berubah lebih besar dari perubahan harga barang itu sendiri.
  • Nisbah atau bahagian pendapatan yang digunakan untuk membeli barang tersebut adalah lebih besar. Jika harga barang naik sedikit pengguna akan mengurangkan kuantiti diminta dengan banyak.
  • Jangka masa panjang.Dalam jangka masa panjang pengguna mudah mencari barang pengganti, maka perubahan harga barang akan mendorong perubahan kuantiti diminta dengan lebih besar.
  • Kegunaan barang. Barang yang mempunyai banyak kegunaan akan mempunyai keluk permintaan yang lebih anjal.
  • Kepentingan barang. Barang yang kurang penting akan mempunyai permintaan yang lebih anjal.

Soalan 5:
a) Apakah yang dimaksudkan dengan kos sut dan kos purata?
b) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan hubungan antara keluk kos sut dengan keluk kos purata dalam jangka pendek.

Jawapan:
a) Kos sut ialah tambahan kos yang ditanggung oleh firma akibat tambahan satu unit output.
Kos purata ialah kos perunit keluaran.

b) Rajah

  • apabila keluk AC> keluk MC maka keluk AC sedang menurun.
  • apabila keluk AC= keluk MC maka keluk AC mencapai titik minimum
  • apabila keluk AC
Soalan 6:
Nyatakan dua sebab diskriminasi harga dilakukan. Terangkan syarat melakukan diskriminasi harga.
-S
ebab diskriminasi harga dilakukan:
  • meningkatkan keuntungan
  • kebajikan sosial
  • agihan pendapatan
  • meluaskan pasaran
-Syarat diskriminasi harga:
  • Wujud lebih dari satu pasaran dan diasingkan
  • keanjalan DD berbeza. Anjal harga rendah, tidak anjal harga tinggi
  • Tiada kos pengangkutan/kecil
  • Monopoli- ada kuasa menentukan harga
Soalan 7
Huraikan tiga cir pasaran oligopoli.

Ciri pasaran oligopoli:
  1. Firma saling bergantungan antara satu sama lain. Tindakan satu firma dalam pasaran akan memberi kesan kepada firma pesaingnya.
  2. Keluaran firma adalah pengganti hampir. Keluaran firma dapat digantikan dengan mudah antara satu sama lain oleh pengguna.
  3. Kuasa mempengaruhi pasaran. Bergantung kepada kerjasama yang wujud antara firma dalam industri. Jika kerjasama lemah maka kuasa menguasai pasaran juga lemah dan sebaliknya.
  4. Wujud halangan kemasukan dalam industri. Firma baru sukar untuk masuk pasaran kerana wujud halangan dari segi undang-undang, ekonomi mengikut bidangan dan milikan sumber semula jadi.
  5. Persaingan bukan harga. Firma dalam pasaran ini juga menjalankan dengan persaingan bukan harga seperti pengiklanan,promosi jualan dan tawaran hadiah yang bertujuan untuk meningkatkan jualan.

Soalan 8
a) Apakah yang dimaksudkan dengan harga maksimum dan harga minimum?
b) Huraikan dasar harga maksimum dan dasar harga minimum.

Jawapan:
a) Harga maksimum:
-Kerajaan menetapkan harga di pasaran lebih rendah dari harga keseimbangan. Harga tidak boleh meningkat lebih tinggi daripada harga yang ditetapkan.
-Harga minimum:
-Kerajaan menetapkan harga yang lebih tinggi dari harga keseimbangan. Harga tidak diberikan lebih rendah dari yang ditetapkan.

b)Harga maksimum:
-Kerajaan menetapkan harga di pasaran lebih rendah dari harga keseimbangan. Harga tidak boleh meningkat lebih tinggi daripada harga yang ditetapkan. Tingkat harga tidak boleh lebih dari harga keseimbangan. Ini untuk melindungi pengguna/menjaga kebajikan pengguna. Tingkat harga yang lebih rendah akan meningkatkan kebajikan pengguna. Harga maksimum mewujudkan lebihan permintaan.

-Harga minimum:
  • -Kerajaan menetapkan harga yang lebih tinggi dari harga keseimbangan. Harga tidak diberikan lebih rendah dari yang ditetapkan. Membantu pengeluar untuk meningkatkan pendapatan. Harga lebih tinggi pendapatan pengeluar lebih tinggi.

No comments:

Post a Comment