Tuesday, January 25, 2011

STPM 2010: Ekonomi 1 (Esei Panjang)

Bahagian C

Soalan 9
a) Terangkan dua kelebihan ekonomi perancangan pusat berbanding dengan ekonomi pasaran bebas. (4)
b) Huraikan bagaimana kerajaan boleh campur tangan untuk mengatasi kelemahan ekonomi pasaran bebas (6)

Jawapan:
a) Kelebihan ekonomi perancangan pusat(EPP) berbanding dengan ekonomi pasaran bebas(EPB):
  1. Agihan Pendapatan: Ekonomi perancangan pusat lebih setara manakala ekonomi pasaran bebas wujud jurang pendapatan.
  2. Kebajikan sosial: Barang awam ditawarkan dalam EPP manakala barang ekonomi ditawarkan dalam EPB.~EPP lebih mementingkan kebajikan sosial.
  3. Harga barang: Harga barang EPP lebih rendah berbanding EPB
  4. Agihan Barang: semua pengguna dalam EPP dapat barang manakala dalam EPB hanya yang mampu membayar sahaja akan membeli.
  5. Eksternaliti negatif: Kesan eksternaliti negatif dalam EPP lebih terkawal berbanding EPB
  6. Kestabilan harga/ekonomi: Harga/ekonomi di pasaran EPP lebih stabil berbanding EPB
b) Cara kerajaan boleh campur tangan untuk mengatas kelemahan ekonomi pasaran bebas:
  1. Mengenakan cukai yang tinggi ke atas firma monopoli dan memberi subsidi untuk menstabilkan harga keluaran dan untuk memastikan aktiviti ekonomi terus berjalan dengan cekap.
  2. Menentukan harga maksimum untuk menstabilkan harga pasaran terutama bagi barang-barang keperluan supaya pengguna tidak tertindas dan juga menentukan harga minimum untuk menstabilkan harga pasaran dan untuk meninggikan pendapatan pengusaha.
  3. Kerajaan boleh menggunakan dasar fiskal dan dasar kewangan untuk menentukan bahawa kestabilan ekonomi dikecapi. Contohnya kerajaan boleh menggunakan dasar kewangan pengembangan untuk mengatasi masalah pengangguran dalam ekonomi.
  4. kerajaan boleh campur tangan dalam industri penting dalam ekonomi seperti bekalan air dan membuat undang-undang untuk meningkatkan lagi kecekapan aktiviti ekonomi.

Soalan 10
a) Apakah yang dimaksudkan dengan penawaran tak anjal?
b) Terangkan empat faktor yang boleh menyebabkan penawaran menjadi tak anjal.

Jawapan:
a) Penawaran tak anjal ialah peratus perubahan pada kuantiti yang ditawar adalah lebih kecil daripada peratus perubahan harga barang tersebut.

b) Faktor yang menyebabkan penawaran tak anjal:
  1. Tambahan kos pengeluaran - apabila firma perlu menambahkan kos yang besar untuk meningkatkan penawaran barang tersebut dalam pasaran, iaitu apabila firma telah mencapai tingkat maksimum
  2. Pergerakan /mobiliti faktor pengeluaran - jika faktor pengeluaran tidak dapat bergerak dengan mudah dari satu firma ke firma yang lain dan dari satujenis keluaran ke jenis yang lain, maka penawaran akan menjadi tak anjal.
  3. Jumlah firma dalam industri - apabila jumlah firma dalam industri adalah kurang, maka keluaran bagi industri tersebut akan kurang dan penawaran keluaran tersebut akan menjadi tak anjal.
  4. Tempoh pengeluaran masa yang panjang- penawaran tidak anjal
  5. Jangka masa pendek - tidak anajal kerana input tetap tidak boleh ditambah dalam jangka masa pendek.
  6. Bekalan faktor yang sukar didapati
  7. Input yang sukar diganti/ memerlukan kemahiran khusus- penawaran tidak anjal.

Soalan 11
Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan bagaimana penentuan output firma pasaran sempurna berlaku dalam jangka panjang.

Jawapan:
Gambar rajah

Huraian:
i) Kes untung kurang normal menjadi untung normal
- keseimbangan berlaku apabila MC=MR
-paada P2 keseimbangan di E2 kuantiti Q2, jumlah kos adalah MAQ2O dan jumlah hasil P2E2Q20. Firma mendapat untung kurang normal sebanyak P2E2AM. Ini menyebabkan firma keluar dari pasaran, penawaran berkurangan dan kuantiti berkurangan. Harga akan naik ke P1 dan firma akan mendapat untung normal.

ii) Kes untung lebih normal kepadqa untung normal
- Pada P3 keseimbangan E3 kuantiti Q3 jumlah kos RBQ30, jumlah hasil P3E3Q30, firma mendapat untung lebih normal sebanyak RBE3P3. Ini menyebabkan frma lain masuk penawaran pasaran bertambah kuantiti bertambah. Harga turun ke P1 dan firma mendapat untung normal.

Kesimpulan:
dalam jangka panjang firma hanya mendapat untung normal, iaitu pada harga P1 dan kuantiti Q1.


Soalan 12
a) Huraikan kelemahan pasaran persaingan bermonopoli
b) Terangkan mengapa pasaran persaingan bermonopoli lebih baik daripada pasaran monopoli.

a) Kelemahan pasaran persaingan bermonopoli:
  1. Tidak mencapai kecekapan peruntukan faktor/input pengeluaran keran atingkat harga melebihi kos sut.
  2. Tidak mencapai kecekapan pengeluaran kerana tidak mengeluarkan output pada kos purata minimum.
  3. kos persaingan bukan harga yang tinggi. Ini membebankan pengguna kerana terpaksa membeli barnag pada harga yang lebih tinggi.
  4. Tingkat harga yang lebih tinggi kerana ada sedikit kuasa monopoli

b) Pasaran persaingan bermonopoli lebih baik daripada pasaran monopoli kerana:
  1. Pengguna mempunyai pilihan yang banyak
  2. Harga lebih rendah kerana ada sedikit persaingan berbanding pasaran monopoli
  3. Kuantiti lebih banyak dikeluarkan berbanding dengan monopoli
  4. Galakan inovasi
  5. Kebaikan daripada perkhidmatan selepas jualan

4 comments: